Créer jeu
Obtenir Plan Académique

GULAI SEMBILANG UNTUK ABAH

Présentation

Nota-nota cerpen "Gulai Sembilang untuk Abah" bagi mata pelajaran Kesusasteraan Melayu Tingkatan 4 dan Tingkatan 5

Téléchargez la version pour jouer sur papier

Âge recommandé: 16 ans
1698 fois fait

Créé par

Malaysia

Top 10 résultats

  1. 1
    00:03
    temps
    100
    but
  2. 2
    min
    min
    15:49
    temps
    100
    but
Voulez-vous apparaître dans le Top 10 de ce jeu? pour vous identifier.
Créez votre propre jeu gratuite à partir de notre créateur de jeu
Affrontez vos amis pour voir qui obtient le meilleur score dans ce jeu

Top Jeux

  1. temps
    but
  1. temps
    but
temps
but
temps
but
 
game-icon

GULAI SEMBILANG UNTUK ABAHVersion en ligne

Nota-nota cerpen "Gulai Sembilang untuk Abah" bagi mata pelajaran Kesusasteraan Melayu Tingkatan 4 dan Tingkatan 5

par Minda Bestari
1

SINOPSIS

Tonton video ringkas sinopsis cerpen "Gulai Sembilang untuk Abah" bagi mengetahui jalan cerita cerpen ini.

2

TEMA

TEMA

Cerpen ini bertemakan kekeluargaan. Cerpen ini memaparkan pengorbanan seorang anak  untuk membahagiakan ayahnya. Misalnya dia berusaha untuk membahagiakan ayahnya walaupun ibunya sudah meninggal dunia seperti memasakan gulai ikan sembilang kegemaran ayahnya.

 


3

PERSOALAN

PERSOALAN

1.            Tentang persengketaan antara adik beradik lama kelamaan berdamai juga. Contoh; Along dan   Acik yang tidak bertegur sapa bertahun-tahun akhirnya berdamai juga.

2.            Tentang kasih sayang dalam keluarga. Contoh; Aku sayangkan abah, begitu juga Abah sayangkan             anak-anak dan isterinya.

3.            Tentang kehilangan orang yang dikasihi. Contoh; kematian isteri Abah membuatkan kesepian    melanda aku dan rumah seakan tidak bermaya.

4.            Tentang tanggungjawab anak-anak menjaga ibu bapa. Contoh; aku menemani abah, mengisi     ruang-ruang sepi yang ditinggalkan emak.

4

WATAK DAN PERWATAKAN

5

PERWATAKAN

ABAH

1. Seorang yang mempunyai empat orang anak. Contoh; Along, Angah,Acik dan 'Aku'

2. Seorang yang gemar makan gulai ikan sembilang. Contoh; Abah menambah nasi tiga kali.

3.  Seorang penyayang. Contoh; Abah sayangkan anak-anak dan isterinya.

4. Seorang yang kematian isterinya. Contoh; Selepas isterinya meninggal dunia tiga bulan anak       beranak berkumpul.

5. Seorang yang redha dengan ketentuan Illahi. Contoh; Menerima kematian isterinya dengan       mengatakan apa yang berlaku adalah pusingan hidup.

6. Seorang yang bertugas menjadi guru sewaktu muda. Contoh; tidak seorang pun anak-anaknya menyambung kerjaya Abah sebagai pendidik.

7. Seorang yang pentingkan pendidikan. Contoh; Abah tidak menyesal kerana telah memberikan   pelajaran dan ilmu agama kepada anak-anaknya.

 


6

PERWATAKAN

AVERAH (Aku)

1.  Seorang anak bongsu kepada abah.

2. Seorang yang berambut panjang . Contoh; Abah mengusap rambutnya yang panjang.

3.  Seorang yang bertugas sebagai doktor.

4.Seorang yang penyayang. Contoh; Averah sayangkan ayahnya di mana dia sanggup menolak  tawaran belajar di luar negara begitu juga sanggup menolak cinta Dr. Lokeman.

5.Seorang yang tidak memandang harta dan paras rupa. Contoh; Averah menolak cinta Dr.              Lokeman anak orang berada dan tampan  kerana dia mencari ksesrasiandalam ikatan dan cinta                yang membawa ke syurga.

6.Seorang yang bertanggungjawab. Contoh; Averah menunaikan tanggungjawab sebagai anak     menjaga abah yang kesunyian sejak kematian ibunya.

7.Seorang yang sensitif. Contoh; Averah hampir menitiskan air mata ketika mendengan kata-kata              abah gulai sembilang itu menambahkan rindunya kepada isterinya.

 

7

LATAR MASYARAKAT

LATAR MASYARAKAT

1.Masyarakat penyayang misalnya Abah dan Aku saling sayang menyayangi.

2. Masyarakat yang sibuk dengan tugas hingga lupa tanggungjawab terhadap ibu bapa. Contoh;     Along dan Angah tidak pulang ke rumah abah kerana sibuk dengan tugas.

3. Masyarakat yang adik-beradik bermusuhan. Contoh Along dan Angah bermusuhan bertahun-    tahun lamanya.

4. Masyarakat mengamalkan kerjasama. Contoh; Avera adik-beradik bersama-sama menyediakan              gulai sembilang untuk ayahnya.


8

NILAI

NILAI

1.            Kasih sayang. Contoh; Abah sayangkan anak-anaknya.

2.            Bertanggungjawab. Contoh; Averah menunaikan tanggungjawabnya sebagai seoarang anak       kepada bapanya.

3.            Ketaatan. Contoh; mengerjakan suruhan Tuhan(solat subuh).

4.            Keredhaan. Contoh; Abah redha dengan ketentuan Illahi.

5.            Kemesraan. Abah melayan Averah dengan mesra iaitu mengusap rambut anaknya.

6.            Bekerjasama. Contoh; Avera adik beradik bekerjasama menyediakan gulai sembilang untuk       ayahnya.

9

PENGAJARAN

PENGAJARAN

1.            Hendaklah sayang menyayangi dalam keluarga. Contoh; abah menyayangi anak-anaknya.

2.            Hendaklah menunaikan tanggungjawab sebagai seorang  bapa. Contoh; Abah telah tunaikan      tanggungjawab memberi pelajaran dan didikan agama kepada anak-anaknya.

3.            Hendaklah menunaikan tanggungjawab sebagai anak kepada kedua ibu bapa. Contoh; Avera     menunaikan tanggung jawab sebagai anak kepada bapanya.

4.            Janganlah bermusuhan antara adik beradik. Contoh; Along dan angah bermusuhan bertahun-   tahun lamanya akhirnya berdamai.

5.            Janganlah memandang rupa  dan harta. Contoh; Avera tidak memandang rupa dan harta dalam                memilih suami sebaliknya inginkan cinta yang membawa ke syurga.

6.            Hendaklah redha menerima ketentuan Illahi. Contoh; Abah redha menerima apa yang berlaku kerana baginya sudah menjadi pusingan hidup.