Froggy Jumps Kuiz Sejarah Tingkatan 5 Bab 1Version en ligne SMAN Islamiah Papar par MURNI MOHRAM 1 Apakah takrif kedaulatan dalam Bahasa Melayu a Kuasa tertinggi negara b Kuasa Pemerintahan c Kebebasan negara 2 Tunku Abdul Rahman adalah Perdana Menteri Malaysia yang pertama. Apakah tafsiran beliau terhadap kedaulatan? a Semangat kekitaan b Kuasa tidak terbatas c Kebebasan dan keadilan 3 Kedaulatan sesebuah negara dikaitkan dengan kebebasan dan kemerdekaan. Apakah ciri-ciri yang menentukan kedaulatan sesebuah negara? I Mempunyai Pengaruh II Mempunyai Sempadan III Mempunyai Perundangan a I dan II b II dan III c III sahaja 4 Kedaulatan memberi kebebasan kepada negara untuk menjalankan urusan pentadbiran tanpa campur tangan luar. Bagaimanakah sistem pentadbiran negara diperkukuhkan berdasarkan pernyataan di atas? a Pengagihan kuasa b Mantapkan kedudukan Sultan c Hubungan antarabangsa 5 Sistem perundangan menjadi asas kepada pemerintahan negara. Mengapakah undang-undang penting kepada sesebuah negara? a Menjamin keadilan rakyat b Mengukuhkan parti pemerintah c Menjamin kebebasan rakyat 6 Apakah faedah daripada pengamalan dasar luar yang diamalkan oleh Malaysia? a Kemasukan imigran b Meningkatkan imej negara c Politik tidak stabil 7 Mengapakah kita perlu mengekalkan kedaulatan negara? a Menarik pelabur asing b Meningkatkan imej negara c Mewujudkan kesejahteraan 8 Pernyataan berikut adalah langkah untuk mempertahankan kedaulatan negara - Mewujudkan kestabilan politik - Mewujudkan kemakmuran ekonomi Apakah usaha pemerintah bagi mencapai matlamat tersebut? a Memperkukuhkan dasar-dasar kerajaan b Melaksanakan undang-undang negara c Mewujudkan integrasi nasional 9 Patriotisme ialah perasaan cinta mendalam terhadap negara dan sanggup mempertahankan negara demi kemakmuran dan kestabilan sesebuah negara. Apakah peranan rakyat bagi merealisasikan semangat tersebut? a Peka terhadap keselamatan negara b Mengukuhkan pasukan keselamatan c Menghormati lambang-lambang negara 10 Pemerintah dan rakyat mempunyai tanggungjawab bersama untuk mempertahankan negara daripada musuh. Mengapakah kerjasama ini penting? a Memajukan taraf hidup rakyat b Mengekalkan kedaulatan negara c Menaikkan imej negara