Peribahasa 11-20Version en ligne Kuiz ini bertujuan untuk menguji kefahaman kamu tentang peribahasa 11-20 dalam senarai peribahasa yang diberikan dalam sukatan pelajaran H1 Bahasa Melayu. par Zaibah Mohammed Amin 1 Pilih maksud yang sesuai bagi peribahasa ini; di mana ranting dipatah, di sana air disauk. Choose one or more answers a Kita hendaklah menurut adat dan aturan di tempat yang kita diami. b Kita tidak sepatutnya menurut adat dan aturan di tempat yang kita diami. c Kita hendaklah membuat ubah suai pada adat dan aturan di tempat yang kita diami. d Kita digalakkan untuk menurut mana-mana adat dan aturan yang sesuai di tempat yang kita diami. 2 Pilih maksud yang sesuai bagi peribahasa ini; ikan belum dapat, air sudah keruh, jala sudah koyak. Choose one or more answers a Pekerjaan yang tidak dapat dilakukan akibat sesuatu yang berlaku di luar kawalan. b Pekerjaan yang boleh dilakukan tetapi tidak segera diselesaikan sehingga ianya terbengkalai. c Pekerjaan yang tidak dilakukan secara bijaksana sehinggalah keadaan menjadi buruk sebelum pekerjaan itu dapat diselesaikan. d Pekerjaan yang memang tidak dapat dilakukan secara bijaksana kerana kesilapan-kesilapan tertentu yang berlaku akibat kegagalan diri. 3 Pilih maksud yang sesuai bagi peribahasa ini; indah khabar daripada rupa. Choose one or more answers a Khabar tentang sesuatu itu biasanya tidak boleh dipercayai. b Khabar tentang sesuatu itu sepatutnya tidak perlu diuar-uarkan. c Khabar tentang sesuatu itu biasanya dilebih-lebihkan daripada keadaan sebenar. d Khabar tentang sesuatu itu sepatutnya dilebih-lebihkan daripada keadaan sebenar. 4 Pilih maksud yang sesuai bagi peribahasa ini; jangan bercermin di air keruh. Choose one or more answers a Jangan diikut teladan yang buruk. b Jangan dibuang teladan yang buruk. c Jangan disanjung teladan yang buruk. d Jangan disebarkan teladan yang buruk. 5 Pilih maksud yang sesuai bagi peribahasa ini; jikalau menampi jangan tumpah padinya. Choose one or more answers a Berhati-hati apabila memilih, jangan terbuang apa yang baik. b Berhati-hati apabila memilih, harus dibuang semua yang buruk. c Berhati-hati apabila memilih, adakalanya yang buruk itulah yang baik. d Berhati-hati apabila memilih, adakalanya semua pilihan perlu dibuang tanpa pertimbangan. 6 Pilih maksud yang sesuai bagi peribahasa ini; jikalau tidak berada-ada, masakan tempua bersarang rendah. Choose one or more answers a Seseorang itu bertindak sedemikian atas ketentuan alam. b Seseorang itu bertindak sedemikian kerana ada sebab tertentu. c Seseorang itu bertindak sedemikian tanpa sebarang sebab tertentu. d Seseorang itu bertindak sedemikian kerana dia sudah hilang kawalan. 7 Pilih maksud yang sesuai bagi peribahasa ini; kalau tak ada angin masakan pokok bergoyang. Choose one or more answers a Sesuatu itu terjadi kerana suratan takdir. b Sesuatu itu terjadi kerana sebab-sebab tertentu. c Sesuatu itu terjadi kerana memang sudah dirancang. d Sesuatu itu terjadi kerana keadaan membenarkannya terjadi. 8 Pilih maksud yang sesuai bagi peribahasa ini; karam berdua basah seorang. Choose one or more answers a Dua orang yang melakukan kesalahan tetapi hakim yang dihukum. b Dua orang yang melakukan kesalahan tetapi seorang sahaja yang kena hukum. c Dua orang yang melakukan kesalahan tetapi seorang tidak mahu mengakui kesilapannya. d Dua orang yang melakukan kesalahan tetapi merelakan orang ketiga untuk menangung padahnya. 9 Pilih maksud yang sesuai bagi peribahasa ini; ke mana tumpah kuah kalau tidak ke nasi. Choose one or more answers a Baik buruk seorang bapa itu sukar diturunkan ke anaknya. b Baik buruk seorang bapa itu sedikit sebanyak turun ke anaknya. c Baik buruk seorang bapa itu tidak akan mempengaruhi anaknya. d Baik buruk anak sedikit sebanyak akan mempengaruhi bapanya. 10 Pilih maksud yang sesuai bagi peribahasa ini; kelapa muda tidak berminyak Choose one or more answers a Orang muda belum banyak pengalaman. b Orang muda tidak mahu menimba pengalaman. c Orang muda tidak ada peluang untuk mencari pengalaman. d Orang muda menanti-nantikan peluang untuk mencari pengalaman.