Peribahasa 1-10Version en ligne Kuiz ini bertujuan untuk menguji kefahaman kamu tentang peribahasa 1-10 dalam senarai peribahasa yang diberikan dalam sukatan pelajaran H1 Bahasa Melayu. par Zaibah Mohammed Amin 1 Pilih maksud yang sesuai bagi peribahasa ini; ada padi semua kerja jadi, ada beras semua kerja deras. a Orang yang hanya memiliki ilmu akan dapat mencapai segala maksudnya dengan mudah. b Orang yang hanya memiliki kekayaan akan dapat mencapai segala maksudnya dengan mudah. c Orang yang hanya memiliki kekayaan atau ilmu akan dapat mencapai segala maksudnya dengan mudah. d Sesiapa sahaja di dalam dunia akan dapat mencapai segala maksudnya dengan mudah sekiranya dia berusaha dengan gigih. 2 Pilih maksud yang sesuai bagi peribahasa ini; akal tak sekali datang, runding tak sekali tiba. a Tidak ada usaha yang boleh membawa kesempurnaan. b Tidak ada usaha yang boleh membawa kesempurnaan secara tiba-tiba. c Hanya dengan usaha sahajalah seseorang boleh mendapat kesempurnaan. d Hanya dengan usaha dan kerjasamalah seseorang boleh mendapat kesempurnaan. 3 Pilih maksud yang sesuai bagi peribahasa ini; api kecil baik dipadam. a Kejahatan itu harus diperangi pada setiap masa. b Kejahatan itu harus diperangi semasa pelakunya muda. c Kejahatan itu harus diperangi oleh semua pihak dari awal. d Kejahatan itu harus diperangi semasa kejahatan itu masih kecil. 4 Pilih maksud yang sesuai bagi peribahasa ini; bagai cendawan tumbuh selepas hujan. a Terlalu banyak pada setiap masa. b Terlalu banyak pada sesuatu masa. c Terlalu banyak pada masa-masa yang tertentu. d Terlalu banyak pada masa-masa yang mencemaskan. 5 Pilih maksud yang sesuai bagi peribahasa ini; bagai duri dalam daging. a Hal yang tidak menyenangkan hati. b Tugas yang tidak menyenangkan hati. c Kata-kata yang tidak menyenangkan hati. d Orang-orang yang tidak menyenangkan hati. 6 Pilih maksud yang sesuai bagi peribahasa ini; bagai lebah menghimpun madu. a Seseorang yang sangat rajin. b Seseorang yang terlebih rajin. c Seseorang yang pernah menunjukkan kerajinan. d Seseorang yang mempunyai potensi untuk menunjukkan kerajinan. 7 Pilih maksud yang sesuai bagi peribahasa ini; bagai mengepal pasir kering. a Sangat susah hendak menyatukan orang-orang yang berbagai-bagai fikirannya. b Sangat susah hendak menyatukan orang-orang yang berbagai-bagai latar belakangnya. c Sangat susah hendak mendapatkan kerjasama daripada orang-orang yang berbagai-bagai fikirannya. d Sangat susah hendak meleraikan ketegangan dalam kalangan orang-orang yang berbagai-bagai fikirannya. 8 Pilih maksud yang sesuai bagi peribahasa ini; baru bertatih hendak berlari, tersembam. a Membuat pekerjaan yang tidak disukainya. b Membuat pekerjaan yang lebih daripada yang tersanggup. c Membuat pekerjaan yang tidak mahu dilakukan oleh orang lain. d Membuat pekerjaan yang lebih daripada apa yang pernah dilakukan sebelum itu. 9 Pilih maksud yang sesuai bagi peribahasa ini; berani menjual berani membeli. a Mengerjakan sesuatu yang sukar. b Mendapat bantuan untuk mengerjakan sesuatu yang sukar. c Tidak sahaja mahu menyuruh, mengerjakan pun mahu juga. d Pentingnya hanya menyuruh dan mengarah orang lain supaya mengerjakannya. 10 Pilih maksud yang sesuai bagi peribahasa ini; bertanya supaya tahu berjalan supaya sampai. a Kalau membuat kerja hendaklah dikaji dahulu dan biar sampai selesai. b Kalau membuat kajian bolehlah dibuat setelah kerja itu diselesaikan. c Kalau membuat kerja bolehlah dibuat kajian seraya berusaha menyelesaikannya. d Kalau membuat kerja hendaklah dikaji dahulu walaupun pada akhirnya kerja itu tidak dapat diselesaikannya. Feedback 1 Padi dan beras menjadi keperluan asas dalam kelompok manusia tertentu; termasuklah manusia yang tinggal di kawasan Asia Tenggara. 2 Akal dan proses perundingan menjadi asas semasa proses penjanaan idea. 5 Cuba bayangkan sekiranya ada duri yang mencucuk mana-mana bahagian tubuh seseorang. Apakah yang mungkin dirasai olehnya?