Froggy Jumps Kitar Semula, apa tu??Version en ligne Mengenali usaha kitar semula par Nurul Farhani Kamarudin 1 Definisi Kitar Semula menurut Akta Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam 2007 ( Akta 672) a memungut dan mengasingkan sisa kumbahan bagi maksud menghasilkan keluaran. b memungut sampah untuk diasingkan c memungut dan mengasingkan sisa pepejal bagi maksud menghasilkan keluaran. 2 Mengapa perlu kitar semula a bagi mendapatkan kesan yang positif kepada dunia yang sedang didiami ini. b bagi mendapatkan duit dan pendapatan tambahan c bagi mendapatkan barang baru tanpa perlu membeli semula 3 Jumlah sisa yang dihasilkan adalah semakin meningkat kerana : a Peningkatan populasi bermakna semakin ramai manusia di muka bumi ini yang menghasilkan sisa. b Ramai manusia gemar membuang sisa merata-rata. c Pembuangan sisa haiwan yang tidak terkawal 4 Yang manakah BUKAN kepentingan kitar semula kepada alam sekitar a dapat mengurangkan keperluan terhadap bahan mentah b dapat membantu mengurangkan pencemaran yang disebabkan oleh sisa pepejal. c dapat meningkatkan ekonomi penduduk setempat 5 Yang manakah BUKAN kepentingan kitar semula kepada manusia a Meningkatkan jangka hayat tapak pelupusan. b Memelihara sumber alam semula jadi untuk generasi akan datang. c Membantu dalam mengekalkan pemuliharan dan pemeliharaan alam semula jadi. 6 Reduce bermaksud a pengurangan penghasilan sisa dan penggunaan sumber. b penggunaan barangan berulang kali c meletakkan semula barangan terpakai dalam kitaran penghasilan 7 Reuse bermaksud a penggunaan barangan berulang kali b pengurangan penghasilan sisa dan penggunaan sumber. c meletakkan semula barangan terpakai dalam kitaran penghasilan 8 Recycle bermaksud a jangan membazir! b hantar barang lama, tak digunakan, sisa untuk dijadikan produk baru. c selagi boleh pakai, kita pakai! 9 Tong sampah kitar semula warna biru untuk a kaca b kertas c aluminium dan plastik 10 Tong sampah kitar semula warna coklat untuk a kaca b kertas c aluminium dan plastik 11 Tong sampah kitar semula warna jingga untuk a kaca b kertas c aluminium dan plastik